Wednesday 25 September 2013

cara mengurus stress dengan betul



1) Program otak semasa dalam kereta untuk pulang

Bagi ibu ibu yang bekerja, dan isteri, tak kirah siapa pun, semasa pulang dari tempat kerja, kita berlatih untuk programkan otak kita, supaya kita sihat dan cergas dan tenang. Kita katakan diri kita, tidak akan stress, programkan, rumah untuk program rumah, bermain dengan anak, melayan suami dan sebagainyalah, janji program minda kita supaya lebih positif. Semasa di dalam kereta, bagi yang tidak memandu, cuba tanggalkan kasut anda, tenang, dan membaca doa supaya Allah dapat membantu kita untuk berasa tenang dan tidak stress.

2) Baca Al-fatihah, 3 kul sebelum masuk rumah

Bacalah doa al-fatihah, surah 3 kul, ayat kursi sebelum masuk rumah, biasalah syaitan bernama dalsim memang suka porak perandakan rumah yang elok dan aman dan damai. Biasanya, bagilah salam ketika hendak masuk rumah, dan masuklah rumah dengan kaki kanan. Ingat tu, kaki kanan masuk rumah, kaki kiri keluar rumah, sebab rumah kita, kenalah anggap tempat ibadat kedua selepas masjid atau surau. Rumah kita tempat anak-anak kita menimba ilmu, dan sebagainya.

3) Ambil Supplement

Penting juga bagi anda untuk mengurangkan stress, kerana stress ni, boleh menyebabkan badan kita sakit. Bak kata adik ipar aku Ainal Faezah kerja doktor, punca penyakit kat Malaysia ini ialah Stress, Stress dan Stress. Salah satu vitamin yang bagus ialah dengan pengambilan vitamin B, yang bagus untuk mengubah lemak menjadi tenaga. Satu kajian lain pula mendapati, minyak ikan Omega 3 membantu mengurangkan lemak, yang boleh mengurangkan rasa tekanan dan panas yang disebabkan oleh lemak trans yang tidak sihat.

4) Bersenam

Yang ni, tidak dapat elak, perlulah bersenam, dan sentiasa aktif, bawalah anak anak jalan jalan, takpun kayuh basikal, kemas rumah, angkat berat, kejar biawak dan sebagainya. Jangan biarkan diri kita tidak berpeluh kerana malas bersukan atau bersenam. Ianya satu stress relief yang bagus bila kita bersukan , melupakan kerja yang banyak, dan membantu kita lebih produktif.